Friday 11 November 2016

Alisa (Part 2)

PART - 2
Hari ini adalah hari ketiga Faiz diekori oleh wanita tersebut. Sehingga di satu tempat, Faiz merasa sangat serik.
'Apa yang perempuan ni nak! Nak kata stalker, aku tak pernah ada facebook atau twitter atau...errgghh...aku antisosial punya orang.' Merungut seorang diri dalam hati kecilnya.
Di sebabkan terlalu serik, Faiz telah mengambil satu tindakan untuk melarikan diri. Secara tiba-tiba, Faiz berhenti di tengah jalan. Wanita itu juga turut berhenti dan bersiap-siap melakukan reaksi yang rawak untuk mengelakkan diri dari sangkaan buruk Faiz.
"Fuhhh.....Fuhhh..." kembung pipi wanita itu. Memuncungkan mulutnya dan meniup sesuatu yang tidak pasti. Jaraknya dengan Faiz hanya tiga langkah. Faiz yang menyaksikan gelagatnya itu turut merasa sangat ganjil.
"Errr...kau buat apa?"
"Fuhh....Fuhh.... Bersiul....Fuhhh...."
'Alaaaa!!! bodohnyaaa!!! kalau tak reti bersiul tu tak payahlah bersiul! Dah lah tak reti bersiul!! Dia bagitahu pulak dekat aku yang dia tengah bersiul!!' Royan hati Faiz.
Faiz menghembuskan nafas seriknya itu. Tiba-tiba, suasana menjadi sepi. Hanya bertemankan bunyi "Fuhh...Fuhh..." yang dibuat oleh wanita itu sahaja.
Anak mata Faiz fokus ke hadapan. Dahinya berkerut dan matanya itu mengecil. Seperti sedang bersedia untuk melakukan sesuatu. Apa yang mahu dibuatnya itu tidak diketahui. Bunyi "Fuhh...Fuhh" itu semakin perlahan kerana wanita tersebut cuba memerhati tindakan seterusnya yang mahu dilakukan oleh Faiz.
Angin mula mengencang. Dengan pantas Faiz membuka seribu langkah laju meninggalkan wanita itu.
"Heeeehhhh?? Hey... Nanti!!!" Wanita itu juga turut berlari mengejar Faiz.
Faiz berlari dengan sekuat hati sambil dekejar oleh wanita tersebut dari belakang.
"Hahhh.... Hahhh... Hahhh... Tunggu dulu Faizzz!! Hahh... Hahh." termengah-mengah wanita itu mengejar Faiz. Bunyi mengahanya itu sungguh kuat sehingga dapat didengari Faiz dari jauh.
Disebabkan kesian, Faiz memberhentikan larianya dan mengambil keputusan mahu berunding dengan wanita tersebut.
"Hahh...Hahh..Fa...Hahh...Faiz...Hahh" wanita itu masih lagi berlari menuju ke arah Faiz. Apabila sampai di hadapan Faiz, wanita itu menundukkan tubuhnya ke bawah sambil memegang kedua-dua kepala lututnya untuk melegakan kepenatan.
"Hahh...Hahh"
Melihat kucupan kemengahan itu, Faiz mula rasa bersalah. Dia tidak menyangka stamina wanita itu terlalu rendah.
Lantas Faiz memberikan soalan direct kepada wanita itu. "Kenapa kau selalu ikut aku dari belakang?!!"
"Hah? Mana ada!" Sambil menjeling ke kiri tidak mahu memandang tepat pada wajah Faiz.
"Jangan ingat aku bodoh! Kau ingat, dengan reaksi bodoh kau tu, aku tak tahu kau ikut aku sampai rumah?"
"Okay... Okay... Iya... Memang aku ikut kau selama ini."
"Kenapa? Bagitahu aku cepat"
"Ada rahsia yang sangat penting nak diberitahu pada kau" Wajahnya bertukar serius. Mungkin perkara yang mahu diberitahu itu teramatlah penting sehingga dia mengekori Faiz setiap hari.
"Apa dia?"
"Sebelum itu, bagitahu aku dulu nama kau"
"Bukan kau jerit Faiz ke masa kejar aku tadi?"
"Eh! Iya ke? Hehehe... Alamak kantoi pulak"
"Eeeiiii... jangan main-main dengan aku lah lahanat!!" Wajah Faiz naik menjadi merah.
"Eh! Jangan lah marah. Tapi rahsia yang aku nak bagitahu kau ni sangat penting, aku harap kau mempercayai aku." Wajah wanita itu bertukar menjadi sangat serius. Suasana menjadi sepi kembali. Angin Faiz yang naik mendadak sebentar tadi menjadi lega semula dan wajahnya kembali serius.
Degupan jantung Faiz yang semakin laju ingin mengetahui rahsia yang sangat penting dari wanita misteri tersebut.
"Apa dia?"
"Tolong simpan rahsia ni baik-baik. Cuma kita berdua sahaja yang tahu rahsia ini. Ini soal hidup dan mati" Degupan jantung Faiz makin kencang. Dia merasa amat gelisah. Apakah rahsia yang sangat penting itu.
"Sebenarnya kan Faiz...."
"Sebenarnya apa?"
"Ahhh...berat aku nak bagitahu rahsia ini."
"Tak apa. Aku dah sedia untuk mendengar" Mata Faiz turut berkaca. Dia risau jika rahsia itu adalah khabar yang buruk buatnya.
Wanita itu mendekati Faiz dengan sangat rapat. Melihat ke kiri dan kanan. Memastikan tiada sesiapa ada di sekitar itu. Wanita itu mula meletakkan sisi telapak tangan kananya ke kiri bibir, menandakan mahu berbisik di telinga Faiz. Faiz menundukkan lepalanya ke bawah kerana wanita itu lebih rendah dari Faiz. Apabila mulutnya capai ke telinga Faiz, wanita itu mula membisik rahsia yang sebenar dengan jelas.
"Sebenarnya..... aku ni Ultraman."
"Hah???" Lalu wanita itu menjauhkan mulutnya dari telinga Faiz.
"Janji dengan aku! Jangan bagitahu orang lain pasal ni! Rahsia ni, kita berdua sahaja yang tahu!"
Kelihatan wajah Faiz menjadi merah kerana serik dengan perasaanya yang ditipu. Dia menggeleng kepalanya sambil memejamkan mata.
"Okay. Siapa nama kau wahai Ultraman?!!"
"Shhhh!! Jangan cakap kuat sangat! Kantoi lah dengan orang awam nanti! Nama aku Alisa."
"Baiklah Alisa si Ultraman... Aku nak kau balik sekarang!!! Kau dah bazirkan masa aku dekat sini!!"
"Apa?? Kau tak percaya ke aku ni Ultraman?"
"TAK! Aku bukan bodoh macam kau!"
"Kurang ajar!! Penat aku bagitahu kau rahsia ni! Kau perbodohkan aku! Macam mana kalau aku boleh buktikan dekat kau yang aku ni Ultraman?"
"Buktikan lah. Aku nak tengok"
Lantas Alisa membuat gaya yang sama seperti dalam siri kanak-kanak dari Jepun itu. Tidak disangka-sangka, awan menjadi mendung selepas gaya Ultraman itu digayakan oleh Alisa.
Alisa mengangkat tangan kananya di atas dan memandang langit yang mendung itu. "Ultramaaaan!!! Menjelmalah kau dalam diriku ini!" Petir menyambar-yambar setelah kata-kata itu keluar dari mulut Alisa.
"Heh... sekarang kau saksikanlah Faiz. Aku akan buktikan dekat kau yang aku ni sebenarnya Ultra...," kata-kata Alisa tergantung apabila dia dapati Faiz sudah berlari jauh dari dirinya.
"Faiz!! Faiz!! Mana kau pergi? Aku nak jadi Ultraman dah ni" petir menyambung sambaranya. Beberapa saat selepas itu, Alisa dapat merasakan titikan air hujan mula turun sedikit demi sedikit. Lantas hujan lebat membasahi Alisa.
"Faiz!! Hujan!! Bagi aku berteduh!! Faiz!!" Sambil berlari mencari tempat teduh.
Walaupun tahu Faiz telah jauh dari dirinya. Dia tetap menjerit sebegitu dan mempercayai akan Faiz mampu mendengar teriakanya walaupun jarak dia dengan Faiz sejauh seribu batu.
Alaaa....bodohnya dia....

Part - 3 : Klik sini

No comments:

Post a Comment

Tags

Video of the Day