Friday 11 November 2016

Alisa

PART - 1



TRINGGGG!!!!
Bunyi loceng sekolah yang mengembirakan hati para pelajar. Itu adalah loceng terakhir untuk sesi pagi. Menandakan waktu persekolah mereka sudah tamat.
"Jumpa esok man. Kalau dah jumpa jawapan homework tadi, whatsaap aku tau"
"Okay Faiz. Demi kau aku sanggup" sambil tersengeh-sengeh dengan pemerlianya itu.
"Cehh, kau ingat sikit. Banyak homework kau aku dah tolong cari jawapan tau. Lagi nak perli aku."
"Gurau lah Faiz... Jangan lah marah."
"Iyalah.. Tak marah... Dah lah. Aku nak balik. Bye"
"Bye"
Lalu Faiz dan rakanya itu berpecah kerana mereka turun menggunakan tangga yang berbeza.
Faiz meneruskan perjalananya menuju rumah. Tidak lama selepas itu, Faiz mula perasan dirinya diekori oleh seorang wanita sekolahnya. Dia tidak mengenali wanita itu.
Wanita itu berada rapat di belakang Faiz. Apabila Faiz menoleh ke belakang, wanita itu laju menoleh wajahnya ke arah lain dan berhenti dari berjalan sambil bermain dengan tali beg sandangnya.
Faiz teruskan perjalanan. Wanita itu juga turut mengekori Faiz dari belakang. Setiap kali Faiz menoleh ke belakang, wanita itu mengulang reaksi yang sama.
"Ape punya bodoh lah perempuan ni. Dah sah-sah dia ada dekat belakang aku. Rapat pula tu. Dia fikir aku tak tahu ke yang dia ikut aku dari tadi." Detik hati Faiz sambil berjalan menuju ke hadapan dan diekori oleh wanita tersebut.
Tidak semena-mena, satu kemalangan kecil berlaku di kiri jalan. Sebuah kereta telah melanggar sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang warga emas. Namun tidak ada apa-apa kecederaan. Hanya sedikit kerosakan kecil di bahagian hadapan kereta tersebut. Pemandu kereta itu memohon beribu kemaafan kepada warga emas tersebut dan keadaan selesai begitu sahaja. Kejadian itu disaksikan oleh orang ramai. Termasuk Faiz dan wanita yang mengekorinya.
Faiz memerhati wanita tersebut sedang khayal menyaksikan kemalangan itu dan cuba mengambil kesempatan untuk menghilangkan diri. Wanita itu pula sangat khusyuk dengan situasi kemalangan tersebut sehingga keadaan selesai. Anak mata wanita tersebut liar ke kiri dan kanan mencari Faiz yang sudah tiada dari pandanganya.

Part- 2 : Klik Sini

No comments:

Post a Comment

Tags

Video of the Day